Friday, 15 April 2011

PART 3 : Talam

In The Name Of Allah.

As Salam.

And then malam tu dia chat ja dengan Bel. Mengadu segala-galanya. Tetapi sebelum tu, aku cerita tak lagi ek??

Em... Lepas kami semua habis shooting iklan radio. Kami pun naik blok and nampak dia dalam bilik kawan aku. Ilah yang nak masuk pun tak jadi masuk. Dia jalan ja terus.

Tapi, Bel and kawan aku yang nak tolong tu masuk kat bilik tu (aja). Aja pun buat-buat tanya ' kenapa I**, nampak sedih ja'. Dia pun jawab ' Jangan tanya apa-apa, sekarang semua orang dah tau dah'.

So what??? Bengong!!! Sapa yang bagitau semua tu? Dia yang bawa mulut merata. Benci aku perempuan macam ni. Nak cakap dia bagus sangat. Fine!!! Cakap lar. Ada aku kisah. Aku tau macam mana putaran hidup. Nanti cerita ini datang yang sebenar, jangan nak menggegeh dengan kami semua.

Cerita ni, Bel dan Aja yang cerita sebab kami dah balik bilik.

So, yang aku cakap dia chat dengan Bel tu : Dia bagitau kata dia telefon mak dia. Dia kata mak dia suruh dia maafkan semua orang sebelum tidur. Dia cakap lagi kata kawan dia datang bilik and tanya dia tak pergi meeting ke, air mata dia dah menitis. Dia tak boleh tahan kesedihan.

Eeee. Benci aku. Apa yang salahnya di sini? Kami ada buat salah ke? Ikut hati aku nak buang ja nama dia daripada group kami masa dia kata dia rela tak lulus daripada buat assignm,ent dalam kumpulan kami.

Lepas itu tetiba dia chat lagi dengan Bel pada keesokan harinya kata dia dah buat papan iklan untuk IMC ni.  So, dia suruh Bel tolong tengok betul ke tak. Eh kenapa plak buat?? Semalam cakap nak keluar. Aku dah delete nama dia dalam otak aku dah untuk assignment ni.

Petangnya aku terserempak dengan dia. Aku buat tak tau ja. Lantak lar. Ada aku kisah. Lepas tu aku masuk FB, and teringin nak tengok wall dia, dia taip apa plak kali ni.

Aku tengok, eh kenapa tak boleh ni. Ish... Aku hairan. Aku masuklah wall dia. Tengok-tengok dia dah remove aku sebagai friend. Aku rasa sedih. Aku pun tak tau kenapa aku perlu rasa begitu. Mengarut betul aku ni. 

Dalam FB dia semua dia kutuk kami. Yang aku ingat " Saya kawan dengan sesiapa yang nak kawan dengan saya, saya xkawan dengan sesiapa yang tak nak berkawan dengan saya...". Itu ja yang mampu aku ingat. Tapi ada lar lagi.

Keesokan harinya. Aku fikir-fikir, and aku terus block dia daripada fb aku. Daripada aku sakit hati tengok nama dia, baik aku block terus.

Begitulah ceritanya. Ada lar ceritanya selepas itu. Tetapi tak lar se'hot' yang aku cerita semua ni.

Kami pun malas nak fikir. Malas dah. Biar masa yang menentukan segalanya. Itu yang terbaik kan?

Okeh. As Salam.

Thursday, 14 April 2011

Kongsi sesama

In The Name Of Allah.

As Salam.

Emm. Adakah blog ini terlalu mengarot. Tapi, ia satu-satunya tempat aku meluahkan perasaan. Memang aku teringin nak meluahkan perasaan kepada benda yang bernyawa seperti manusia.

Tetapi, begitu susah untuk seseorang manusia menyimpan rahsia. Ini semua kerana keinginan kita untuk mengetahui segalanya lebih daripada orang lain. Sebab aku dah pernah bagitau yang aku rasa boleh menyimpan rahsia. Tapi, akhirnya dia buka mulut.

So, sekarang aku dah ambil keputusan. Biarlah aku memendam perasaan dan minta-minta takkan jadi gila. Hah2.

Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi perasaan silakan. Insyaallah, ia hanya kekal ketika blog ini dibuka. Setelah ditutup, semua rahsia akan tertutup. Faham tak aku cakap?? Daripada tadi aku potpet sengsorang.

Huh. Takpa2...

* * * * *

Aku ada seorang kawan daripada Kelantan. Daripada semester 1 sampai semester 6 aku kawan dengan dia. Nak kata tak biasa dengan perangai dia, aku dah biasa. Tetapi, kadang-kadang perkataan dia mengguriskan hati.

Aku tau lar aku ni cepat pelupa. Tadi dia nak pinjam buku aku, tetapi Bel pinjam. Aku cakap ada dekat Bel. So, dia suruh aku bagitau Bel masa tu jugak sebab aku pelupa. Sampai hati.

Nak pinjam buku aku, tetapi cakap gitu kat aku. Sakit hati. Macam tak mau bagi. Dah lar tak cantik macam aku. Huh!!!

Semester ni aku sangat terasa dengan dia sebab dia kawan dengan musuh aku. Tak tau lah apa musuh aku dah bagitau dia. I don't care.

Kalau ada apa-apa baru nak datang cari aku. Ada ka kawan macam tu. Tak patut. Kalau aku tak berguna, tinggal ja aku kat belakang. Kalau nak guna baru mesej, baru nak cakap sana sini.

Siapa yang tak terasa. Kang aku tak layan, kata aku jahat. Kalau aku layan aku yang sakit hati.

Perangai yang aku tidak suka mengenai dia :

Time nak tiru aku masa exam. Nak tiru, tiru je lar. Tapi, banyak plak potpetnya. Boleh plak sambil senyum-senyum macam orang nak gelak - kenapa hang buat jawapan D tadi. Jawapan dia A lah -

Hish. Nak ngata aku kurang pandai lar tu. Huh.

Kalo pasal assignment selagi aku tak suruh selagi tulah dia tak buat. Kalau nak exam plak, datang bilik aku tengok-tengok nota aku. Takut sangat aku dapat tips lain.

Hish. Lempang kang. Okeh2. Kawan aku dah panggil nak makan ni.

Okeh. As Salam.

Pegang @ Sentuh

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku ni jahat ka? Sikit-sikit nak marah. Aku bukan sengaja. Aku marah sebab ada sebab. Sebab yang aku rasa memang aku tak kan boleh terima langsung.

Setiap kali roomate aku balik dating mesti aku rasa marah. Memang automatik lah. Tengah buat kerja, tetiba dia balik. Aku tak ada mood nak layan.

Bukan aku jeles dia pergi dating. Aku tak boleh lar. Kalau pergi ada lar tu benda nak dibuat. Maksud aku bukanlah benda-benda yang tersimpang jauh ni.

Kat depan mata aku boleh plak lap air dekat pipi dengan tangan. Agak-agak lar. Nak tunjuk kasih sayang pun tunjuk lar lepas kahwin.



Kolot??? Korang rasa aku kolot ke? Aku rasa tak pun. Harap maaf. Aku tak boleh lar kalau lelaki atau perempuan sentuh diorang punya partner dengan sengaja. Hish!!! Tolong lar bebudak zaman sekarang ni. Tak tau lar aku.

Nak kata Islam, sah-sah nampak tudung. Aku nak nasihat tak boleh. Macam ada benda berat kat kerongkong. Tapi dah besar pandai-pandai lar fikir yang mana halal haram.

Itu lar yang membuatkan kemarahan tetiba ja datang walaupun tak da kena mengena dengan aku. Aku mengaku aku pernah tumpang kereta lelaki tu. Ini dikira aku bersubahat ka? Tak kan nak kata depan-depan kot.

'Woi!!! Pegang-pegang apa. Tau tak haram'. Aku teringin betul nak cakap begitu.

Overall, aku tak lar baik sangat. Tapi, bab-bab memegang secara sukarela ni, aku tak terima. Kadang-kadang terkena pun secara tak sengaja. Kulitku sensitif rasanya.

Kadang-kadang aku sedar bahawa percakapan aku mengguriskan hati dia. Malah dalam hati aku cakap, lantak lar nak terguris ke tak. Dah muka roomate masam, tu terasa lar tu. Jahatnya aku rasa.

Tapi, aku sendiri tak boleh lawan benda yang dah sebati dengan aku. Kalau aku tak cakap apa-apa, aku diam. Masa tu juga dia nak tanya soalan bertalu-talu. Macam sengaja. Aku layan lar jugak tetapi dengan hati yang ntah apa2.

That all. So, aku harap anda semua pandai jaga diri.

Semoga Islam kekal sihat dengan kita semua di mana jua kita berada. Amin.

As Salam.

Wednesday, 13 April 2011

PART 2 : Talam

In The Name Of Allah.

As Salam.

Dalam kelas jualan semasa lecture bagitau dia akan bagi barang untuk jualan perorangan punya. Dengan nada yang bangga ' Yes2!!!'. Roomate aku sendiri dengar. Masa tu aku tak pergi kelas. Nampak sangat lar dia menggedik. Hish.

Semester ni aku kumpulan dengan dia untuk subjek Integrated Marketing Communication. Sebelum ni ok juga. Tetapi, dia terbaca blog aku. Aku kata kat situ, aku sedih sebab dia tuduh aku sebab roomate aku nangis. Dia cakap akulah penyebab segalanya terjadi.

Dengan mukanya yang agak serius pada masa tu. So, dia kata dia sedih lepas baca blog aku. Then, dia hantar mesej minta maaf dengan aku.

Start time tu, dia just cakap biasa-biasa dengan aku. Tak lar serapat dulu.

So, untuk group IMC ni, kami buat meeting. Dia terasa kami ketepikan dia. Bila masa plak?? Sikit-sikit terasa. Lebih daripada anak mak lar.

Start dia terasa dengan kumpulan kami waktu pagi tu. Dia ingat kami bincang nak meeting waktu pagi keesokannya tak bagitau dia. Masa tu aku dengan kawan aku, Bel lepak dalam bilik aku.

Cakap-cakap biasa. Tetiba aku kata 'mmm esok pagi takda kelas IMC ya, boleh kita buat assignment'. Bel cakap , ok ja. So, aku hantar mesej kepada semua ahli kumpulan aku. Mean that lagi 3 orang ahli sebab kami ada 5 orang ahli.

Dia balas kata ok. Lebih kurang gitulah.

Esok paginya semua masam sebab muka baru bangun tidur. Aku pun mengantuk. So, nak cakap pun agak malas. Bila dah berkumpul, semua orang diam sebab melayan diri sendiri yang mengantuk.

Aku pun memecahkan kesunyian. Tanya apa nak buat dalam IMC ni. Kawan aku yang namanya Ilah nih, biasa lar perangai dia. Aku dah lama kenal dia. Suka jeling orang. 

So aku kata 'hang ni kenapa Ilah'. Dia jawab ' apa?'.. aku jawab 'menggedik'.

Balik daripada perbincangan dia hantar mesej dekat aku, Ilah, and kawan aku yang lagi 2 orang tu. Dia cakap kata dia tak boleh buat assignment dalam kumpulan kami dah. Muka masam ja semua. Ilah plak mengata kat belakang dia.

Ya Allah. Tengok. Kami tak buat apa-apa pun kat dia. Kami ok ja. Dah baru bangun, so masam lar semua sebab mengantuk. Itu pun salah. Mudah terasa betul.

Then, dia ada mesej siapa ntah. Aku tak berapa ingat. Dia kata buat keputusan untuk meeting tu tak bagitau dia. Aku just cakap dengan Bel. Kami berempat tak rancang pun. Just terkeluar daripada mulut aku dengan tidak sengaja.

Lagi satu dia cakap, buat pun masa dia nak pergi kelas. Kalau gitu cakap lar tak boleh. Apa salahnya. Kami nak marah ka? Kami tak kan cakap apa-apa sebab nak pergi kelas. Aku sendiri tanya dia, dia tak mau balik mandi ka, sebab dia ada kelas. Dia kata tak pa. Aku ok ja. Dah aku suh balik, tak mau.

Itu aku tak kisah. Sebab aku rasa hatiku tak tergores lagi.

Selepas semua itu, aku cakap macam biasa lagi dengan dia. Yang klimaks, nak buat meeting untuk iklan radio.

Masa tu aku pergi toilet, and lepas keluar toilet aku jumpa dia dekat sinki. Aku bagitau dia malam ni ada meeting kat PKP baru. Aku yakin aku dah sebut kat PKP BARU.

Pada waktu malam masa nak pergi meeting, aku nak pergi toilet dulu. Jiran aku tanya, malam ni nak pergi meeting kat PKP baru ka? Aku kata ya. Dia pun ada tengah sidai baju sambil tengok aku cakap.

Lepas balik toilet, dia datang bilik aku untuk meeting. Dia tanya 'hampa nak pi mana pakai cantik-cantik'. Aku pun menjawab ' Pi meeting lar kat PKP baru, hang tak tau ka?' Dia kata aku tak bagitau dia. 'Eh, tak ka? Aku rasa aku dah bagitau pagi tadi.'

Dia kata aku tak bagitau. Aku kata 'tak ka?'.. Aku ni pelupa sikit, tapi aku amat yakin aku bagitau sebab aku ingat aku tunjuk tempat kat dia. Then, aku minta maaf. So, dia balik bilik dia. Aku sempat tengok muka dia, dia tak senyum langsung.

Lepas tu aku pergi dulu dengan Ilah. Sebab tadi dia mesej aku dia nak siap jap, maybe lambat sikit and dia sedih aku buat dia macam tu. Ya Allah. Siapa yang tak geram. Aku sakit hati. So, aku pi ja dulu. Lantak dia r. Sakit hati aku!!!

Yang lagi 2 orang ahli tu and kawan aku lagi sorang yang nak bantu kami untuk iklan ni tunggu dia kat atas. Bel pergi bilik dia sebab dia lambat sangat siap. Kemudian Bel cakap dia nangis. Ish!!! Buat apa nak nangis.

Terasa terlebih. Sebelum tu pun dia chat dengan Bel kat FB. Aku ingat dia ada tanya pasal tempat sebab dia tanya meeting pukul berapa. 

Sambung lain kali.

As Salam.

Tuesday, 12 April 2011

PART 1 : Talam

In The Name Of Allah.

As Salam.

Kenapa aku letak tajuk talam?? Aku nak cerita pasal kawan aku yang ada banyak talam dekat muka dia. Dulu aku tak kisah sebab tak melibatkan aku. Sekarang dia saja melibatkan aku dalam masalah ni.

So, aku tak boleh kalau orang gini. Aku tak tau nak cerita daripada mana. Tetapi, aku akan cuba yang terbaik. Maybe rezeki untuk blog aku agaknya. Hah2...

Aku ada seorang kawan. Agak lama juga aku berkawan dengan dia. Satu negeri dengan aku. Semester ini pointer dia meningkat naik dan jualan dia pun baik daripada ahli lain dalam kumpulan aku.

Kisah dia begini. Dia bagi orang lain guna lesen dia semester lepas untuk gunakan kenderaan dalam kampus. So, orang tu ada buat kesalahan. Kawan aku pun dipanggil untuk bertanggungjawab sekali. Dia akan dibuang kolej sekiranya pointer dia kurang daripada 3.

So, lepas berusaha sekuat perasaan. Dia dapat pointer atas daripada 3. Semester ni plak ada kelas jualan untuk jual produk. So, dalam ahli kumpulan kami dia paling menyerlah. So, dia agak terperasa'an akan kehebatan dia.

Maybe dia tak perasan semua tu. Tapi kami semua memang perasan akan perubahan dia.



Lepas tu, dia asyik bangga diri ja. Siapa lah yang tak menyampah. Dekat orang lain dia cakap benda lain. Dekat orang lain dia cakap macam lain plak.

Pernah semester lepas dia buat assignment dengan ahli kumpulan dia. Dia asyik gadoh semua dia buat sorang-sorang. Aku pun percayalah sebab masa tu perangai dia ok, tak melampau macam sekarang. Rupa-rupanya dia buat assignment sorang-sorang dalam bilik tak bagitau orang.

So, macam mana ahli kumpulan dia nak tolong. So, menjaja cerita kat orang kata dia ja buat assignment sorang-sorang.

Sambung lain kali.

As Salam.

Saturday, 9 April 2011

Sepi???

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku rasa pening sikit. Banyak sungguh perkara nak settle dengan blog nih. Takpa2. Sorry sebab lama tak update and membuatkan blog ini sunyi sepi tanpa pengunjung.

Aku sangat sedih. Ke mana korang semua menghilang. Ada perhimpunan untuk negara ni ka yang aku tak tau.

Cis. Takpa2. Memang salah aku. Sangat sibuk sampai tak sempat untuk blog walking segala. Akhir-akhir semester selalu gini. Nak siapkan assignment lah, yang ni lah, yang tu lah. Tension juga aku kadang-kadang.



It's ok. Aku yang cari sendiri semua ini.

Aku out dulu. Memang pening rasanya kepala ku ini.

As Salam.

Tuesday, 5 April 2011

Tatacara Belajar

In The Name Of Allah.

As Salam.

Lama blog ini tidak diupdate. Sangat sibuk kebelakangan ini.

*  *  *

Okeh. Hari ini saya nak menaip tentang tatacara belajar dengan saya. Aku pasti setiap orang pernah minta tunjuk ajar daripada orang lain dan pernah diminta untuk mengajar.

Bagaimana dengan korang punya kriteria semasa mengajar??? Aku mempunyai kriteria sendiri siapa yang minta aku mengajar diorang.

Aku lebih senang dengan orang yang bersemangat nak belajar dan nak dengar apa yang aku sedang perkatakan.

In other side, aku rasa aku sedang menahan marah kalau orang yang nak belajar tu hanya sambil lewa sahaja. Maknanya, tak ada maknanya dia datang kat aku, bawa semua bahan-bahan tapi aku yang buat.

Gambar Hiasan


So, itu apa maknanya? Aku sedang mengajar ataupun aku sedang buat dia punya kerja. Itu yang aku tak tahan.

Kalau nak belajar dengan aku, memang boleh, memang dialu-alukan. Tapi aku nak orang yang semua jasad dan rohnya ada kat depan aku.

Itulah kriteria yang aku prefer. Aku tak boleh kalau orang yang tak fokus. Aku rasa marah sampai tak boleh berkata-kata dan senyum. So, mulalah mereka mengata belakang aku.

Salah akukah disitu?

Diorang tak salah? Aku memang tak boleh kalau orang yang nak buat assignment tengah buat benda lain kecualilah yang berkaitan dengan assignment. Termasuklah mesej dengan orang yang tak berkaitan etc.

Dah aku jenis tu, so nak buat macam mana.

Nanti gadoh lar masa tarikh nak submit dekat...tension lar...pening lar... susahnya...

Aku paling benci dengar yang tu. Aku macam nak kata ja 'Padan muka, tergegeh buat lewat sapa suruh. Lepas tu baru nak gadoh sana sini'. Dengan menyampahnya di situ.

Tetapi, biasa lah kan. Nanti takut diorang terasa plak. Itulah. Susah menjadi manusia di situ. Aku pun tak suka.

Okeh. As Salam.

Friday, 1 April 2011

Dia sibuk anda menyibuk

In The Name Of Allah.

As Salam.

Maaf sebab terganggu blog aku malam-malam ni. Nak buat macam mana kan. Idea dah datang. Okeh.

* * *

Yang seterusnya, jangan menyibuk. Sibuk pada entry ini adalah jangan menyibuk dalam tugasan.

Setiap manusia mempunyai tugas dalam kehidupan seharian yang tersendiri. Kita sebagai rakan sememangnya berkeupayaan membantu rakan kita yang lain.

Tetapi, tidak perlulah agak berlebihan. Hal ini menyebabkan rakan anda akan rasa kurang senang akan tindakan anda kecualilah di atas permintaan rakan anda itu sendiri.

Mengikut pengalaman saya sebagai seorang manusia biasa. Saya rasa macam orang yang kurang cerdik ja. Tahu lar dia pandai. Tapi tolonglah jangan cuba angkat bakul selagi orang tak minta.

Sekiranya rakan anda mempunyai kumpulan sendiri ketika membuat tugasan, biarlah mereka membuat tugasan dalam kumpulan mereka sahaja. So, diri sendiri duduk diam-diam dan jangan menyibuk.

Itu kumpulan mereka, bukan kita ok. Kalau kumpulan kita, tak ada pula kita terlibat 100%. Mengapa plak eh?? Memang adat lah tu kan.

Maybe anda rasa seronok dipuji, sebab itu anda semakin menyibuk. Saya doakan supaya anda semua dapat kenal pasti kesalahan anda dengan cepat.

Sebab bila dah orang kenal pasti keburukan kita, setiap lawak yang kita buat dah tak ada maknanya. Ia terus menusuk ke hati. Tak adanya menusuk ke urat-urat saraf.

Okeh. Beta dah ngantuk.

As Salam.

::: Terasa ayatku kaku :::