Thursday 14 April 2011

Pegang @ Sentuh

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku ni jahat ka? Sikit-sikit nak marah. Aku bukan sengaja. Aku marah sebab ada sebab. Sebab yang aku rasa memang aku tak kan boleh terima langsung.

Setiap kali roomate aku balik dating mesti aku rasa marah. Memang automatik lah. Tengah buat kerja, tetiba dia balik. Aku tak ada mood nak layan.

Bukan aku jeles dia pergi dating. Aku tak boleh lar. Kalau pergi ada lar tu benda nak dibuat. Maksud aku bukanlah benda-benda yang tersimpang jauh ni.

Kat depan mata aku boleh plak lap air dekat pipi dengan tangan. Agak-agak lar. Nak tunjuk kasih sayang pun tunjuk lar lepas kahwin.



Kolot??? Korang rasa aku kolot ke? Aku rasa tak pun. Harap maaf. Aku tak boleh lar kalau lelaki atau perempuan sentuh diorang punya partner dengan sengaja. Hish!!! Tolong lar bebudak zaman sekarang ni. Tak tau lar aku.

Nak kata Islam, sah-sah nampak tudung. Aku nak nasihat tak boleh. Macam ada benda berat kat kerongkong. Tapi dah besar pandai-pandai lar fikir yang mana halal haram.

Itu lar yang membuatkan kemarahan tetiba ja datang walaupun tak da kena mengena dengan aku. Aku mengaku aku pernah tumpang kereta lelaki tu. Ini dikira aku bersubahat ka? Tak kan nak kata depan-depan kot.

'Woi!!! Pegang-pegang apa. Tau tak haram'. Aku teringin betul nak cakap begitu.

Overall, aku tak lar baik sangat. Tapi, bab-bab memegang secara sukarela ni, aku tak terima. Kadang-kadang terkena pun secara tak sengaja. Kulitku sensitif rasanya.

Kadang-kadang aku sedar bahawa percakapan aku mengguriskan hati dia. Malah dalam hati aku cakap, lantak lar nak terguris ke tak. Dah muka roomate masam, tu terasa lar tu. Jahatnya aku rasa.

Tapi, aku sendiri tak boleh lawan benda yang dah sebati dengan aku. Kalau aku tak cakap apa-apa, aku diam. Masa tu juga dia nak tanya soalan bertalu-talu. Macam sengaja. Aku layan lar jugak tetapi dengan hati yang ntah apa2.

That all. So, aku harap anda semua pandai jaga diri.

Semoga Islam kekal sihat dengan kita semua di mana jua kita berada. Amin.

As Salam.

No comments:

Post a Comment