Showing posts with label Ini Aku. Show all posts
Showing posts with label Ini Aku. Show all posts

Thursday, 14 April 2011

Pegang @ Sentuh

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku ni jahat ka? Sikit-sikit nak marah. Aku bukan sengaja. Aku marah sebab ada sebab. Sebab yang aku rasa memang aku tak kan boleh terima langsung.

Setiap kali roomate aku balik dating mesti aku rasa marah. Memang automatik lah. Tengah buat kerja, tetiba dia balik. Aku tak ada mood nak layan.

Bukan aku jeles dia pergi dating. Aku tak boleh lar. Kalau pergi ada lar tu benda nak dibuat. Maksud aku bukanlah benda-benda yang tersimpang jauh ni.

Kat depan mata aku boleh plak lap air dekat pipi dengan tangan. Agak-agak lar. Nak tunjuk kasih sayang pun tunjuk lar lepas kahwin.



Kolot??? Korang rasa aku kolot ke? Aku rasa tak pun. Harap maaf. Aku tak boleh lar kalau lelaki atau perempuan sentuh diorang punya partner dengan sengaja. Hish!!! Tolong lar bebudak zaman sekarang ni. Tak tau lar aku.

Nak kata Islam, sah-sah nampak tudung. Aku nak nasihat tak boleh. Macam ada benda berat kat kerongkong. Tapi dah besar pandai-pandai lar fikir yang mana halal haram.

Itu lar yang membuatkan kemarahan tetiba ja datang walaupun tak da kena mengena dengan aku. Aku mengaku aku pernah tumpang kereta lelaki tu. Ini dikira aku bersubahat ka? Tak kan nak kata depan-depan kot.

'Woi!!! Pegang-pegang apa. Tau tak haram'. Aku teringin betul nak cakap begitu.

Overall, aku tak lar baik sangat. Tapi, bab-bab memegang secara sukarela ni, aku tak terima. Kadang-kadang terkena pun secara tak sengaja. Kulitku sensitif rasanya.

Kadang-kadang aku sedar bahawa percakapan aku mengguriskan hati dia. Malah dalam hati aku cakap, lantak lar nak terguris ke tak. Dah muka roomate masam, tu terasa lar tu. Jahatnya aku rasa.

Tapi, aku sendiri tak boleh lawan benda yang dah sebati dengan aku. Kalau aku tak cakap apa-apa, aku diam. Masa tu juga dia nak tanya soalan bertalu-talu. Macam sengaja. Aku layan lar jugak tetapi dengan hati yang ntah apa2.

That all. So, aku harap anda semua pandai jaga diri.

Semoga Islam kekal sihat dengan kita semua di mana jua kita berada. Amin.

As Salam.

Tuesday, 5 April 2011

Tatacara Belajar

In The Name Of Allah.

As Salam.

Lama blog ini tidak diupdate. Sangat sibuk kebelakangan ini.

*  *  *

Okeh. Hari ini saya nak menaip tentang tatacara belajar dengan saya. Aku pasti setiap orang pernah minta tunjuk ajar daripada orang lain dan pernah diminta untuk mengajar.

Bagaimana dengan korang punya kriteria semasa mengajar??? Aku mempunyai kriteria sendiri siapa yang minta aku mengajar diorang.

Aku lebih senang dengan orang yang bersemangat nak belajar dan nak dengar apa yang aku sedang perkatakan.

In other side, aku rasa aku sedang menahan marah kalau orang yang nak belajar tu hanya sambil lewa sahaja. Maknanya, tak ada maknanya dia datang kat aku, bawa semua bahan-bahan tapi aku yang buat.

Gambar Hiasan


So, itu apa maknanya? Aku sedang mengajar ataupun aku sedang buat dia punya kerja. Itu yang aku tak tahan.

Kalau nak belajar dengan aku, memang boleh, memang dialu-alukan. Tapi aku nak orang yang semua jasad dan rohnya ada kat depan aku.

Itulah kriteria yang aku prefer. Aku tak boleh kalau orang yang tak fokus. Aku rasa marah sampai tak boleh berkata-kata dan senyum. So, mulalah mereka mengata belakang aku.

Salah akukah disitu?

Diorang tak salah? Aku memang tak boleh kalau orang yang nak buat assignment tengah buat benda lain kecualilah yang berkaitan dengan assignment. Termasuklah mesej dengan orang yang tak berkaitan etc.

Dah aku jenis tu, so nak buat macam mana.

Nanti gadoh lar masa tarikh nak submit dekat...tension lar...pening lar... susahnya...

Aku paling benci dengar yang tu. Aku macam nak kata ja 'Padan muka, tergegeh buat lewat sapa suruh. Lepas tu baru nak gadoh sana sini'. Dengan menyampahnya di situ.

Tetapi, biasa lah kan. Nanti takut diorang terasa plak. Itulah. Susah menjadi manusia di situ. Aku pun tak suka.

Okeh. As Salam.