Wednesday 30 March 2011

Minat

In The Name Of Allah.

As Salam.

Aku ingat hari ini bukan entry pertama untuk kawan. Tetapi, disebabkan aku mempunyai idea. So, aku taipkan di sini.

The first thing, you need to care about your friend is... jangan sesekali bercakap sesuatu yang kurang manis mengenai selebriti atau seseorang atau sesuatu yang diminatinya.

Walaupun anda dan rakan anda merupakan sahabat karib sekali pun. Janganlah sesekali menyatakan sesuatu perkara yang agak keterlaluan mengenai sesuatu yang diminatinya.

Daripada sudut yang positif, tiada masalah. Sudut negatif tidak perlu disentuh rasanya.

Tetapi, sekiranya anda tersentuh sedikit. Cubalah sedarkan diri anda yang sedar. Contoh : pelempang pipi sekali. Sah! pasti anda akan sedar tindakan anda itu.

Sekiranya anda terlepas cakap sekalipun, bahasakan intonasi badan anda sebagai tanda anda terlepas cakap dan minta maaf walaupun bukan formal. Itu sudah mencukupi daripada orang yang buat tidak kisah.

Ternyata yang tidak kisah itu lebih menyakitkan hati. Percayalah. Sangat sakit.

Yang penting pastikan anda merasai apa yang rakan anda rasa seperti mana anda sendiri merasainya.

Adakah anda seronok sesuatu yang anda suka, tiba-tiba rakan baik menyatakan sesuatu yang negatif. 

Asyik-asyik nak contoh. Penat lar jari-jemari aku yang comel ni. Huh. Okeh2. Contohnya, alah... suara dia bukan sedap pun yang minat tu. Tak cantik pun.

Seronokkan kata-kata itu.

=> ada aku kisah, aku yang minat. Tak pinjam pun telinga hang, mata hang. Yang hang sakit kenapa. ~Lempang jugak kang budak ni~

Itu ja contoh yang dapat saya fikir sekarang.  Yang lain harap difikirkan sendiri.

As Salam.

No comments:

Post a Comment