Thursday, 31 March 2011

Overnight

In The Name Of Allah.

As Salam.

Saja bagi title gempak sikit. Dalam kata lain, balik lewat atau balik tengah malam.

Sebagai seorang perempuan, patut ke kita balik tengah-tengah malam. Agak-agak lar. Kalau dekat rumah, pasti tak jejak tanah rasanya selepas maghrib.

Tapi, bila dah jauh daripada rumah. Tetiba orang perempuan dah jadi pandai keluar tengah-tengah malam.

Inipun salah satu tabiat yang menyusahkan rakan-rakan anda.

Aku tak kisah kawan-kawan aku nak pergi mana. Walaupun sampai tengah malam. Yang tu pun kalau keluar dengan rakan sejenis. Tapi, bila keluar dengan lelaki. Perempuan kena lar jaga diri sikit.

Dah lewat malam tak balik. Telefon atau mesej pun tidak berbunyi. Siapa tak risau. Sekali sekala ok. Kalau dalam sebulan sampai beberapa kali. Nak tahan ke mulut kawan anda walau sebaik mana pun dia.

Kalau yang amat baik pun, pasti dalam hati dah berbicara.

Kita yang risau untuk dia. Tapi dia seronok-seronok dekat mana ntah. Kita dah tidur pun, tak balik lagi.

Lagi menyampah bila pukul 2, 3 pagi bagitau kita, dia tak balik. So????

Orang tengah risau pasal dia, tidur pun tak lena. Pagi-pagi buta baru nak hantar mesej, itu pun mesej tak balik.

It's ok. Saya tak kisah?? Anda kisah??

Bila dah lama-lama saya dah biasa dengan gelagat dia. Dalam hati pun berkata ' lantak hang lah nak balik ke tak, kena kidnap ke, apa ka. Ada aku kisah??'

Ini adalah kisar benar. Memang aku kata macam tu dalam hati. Penat lah selalu gini. Hati kita risau fikir pasal dia, dia berseronok di sana.

Anda berperangai macam ni. Kalau ada, baik anda cuba elakkan. Impaknya tidaklah terlalu besar, tetapi dia akan mengikis sedikit demi sedikit kasih sayang rakan anda daripada anda. Hah2. Rasa'in.

Okeh. See u.

As Salam.

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM..hahaha..begitulah hidup berkawan.Kadang2 nak ditegur,serbasalah.Tak ditegur,merisaukan.Apapun,bes juga lepal kat laman ni.Ok,lah.Kalau sudi,follow laman saya kembali ya..Tq..WASSALAM

    ReplyDelete
  2. As salam. Pelik seketika. apa2 pun memang betul. Tq kerana sudi datang n komen.

    ReplyDelete