Friday 1 April 2011

Dia sibuk anda menyibuk

In The Name Of Allah.

As Salam.

Maaf sebab terganggu blog aku malam-malam ni. Nak buat macam mana kan. Idea dah datang. Okeh.

* * *

Yang seterusnya, jangan menyibuk. Sibuk pada entry ini adalah jangan menyibuk dalam tugasan.

Setiap manusia mempunyai tugas dalam kehidupan seharian yang tersendiri. Kita sebagai rakan sememangnya berkeupayaan membantu rakan kita yang lain.

Tetapi, tidak perlulah agak berlebihan. Hal ini menyebabkan rakan anda akan rasa kurang senang akan tindakan anda kecualilah di atas permintaan rakan anda itu sendiri.

Mengikut pengalaman saya sebagai seorang manusia biasa. Saya rasa macam orang yang kurang cerdik ja. Tahu lar dia pandai. Tapi tolonglah jangan cuba angkat bakul selagi orang tak minta.

Sekiranya rakan anda mempunyai kumpulan sendiri ketika membuat tugasan, biarlah mereka membuat tugasan dalam kumpulan mereka sahaja. So, diri sendiri duduk diam-diam dan jangan menyibuk.

Itu kumpulan mereka, bukan kita ok. Kalau kumpulan kita, tak ada pula kita terlibat 100%. Mengapa plak eh?? Memang adat lah tu kan.

Maybe anda rasa seronok dipuji, sebab itu anda semakin menyibuk. Saya doakan supaya anda semua dapat kenal pasti kesalahan anda dengan cepat.

Sebab bila dah orang kenal pasti keburukan kita, setiap lawak yang kita buat dah tak ada maknanya. Ia terus menusuk ke hati. Tak adanya menusuk ke urat-urat saraf.

Okeh. Beta dah ngantuk.

As Salam.

::: Terasa ayatku kaku :::

No comments:

Post a Comment