Wednesday 13 April 2011

PART 2 : Talam

In The Name Of Allah.

As Salam.

Dalam kelas jualan semasa lecture bagitau dia akan bagi barang untuk jualan perorangan punya. Dengan nada yang bangga ' Yes2!!!'. Roomate aku sendiri dengar. Masa tu aku tak pergi kelas. Nampak sangat lar dia menggedik. Hish.

Semester ni aku kumpulan dengan dia untuk subjek Integrated Marketing Communication. Sebelum ni ok juga. Tetapi, dia terbaca blog aku. Aku kata kat situ, aku sedih sebab dia tuduh aku sebab roomate aku nangis. Dia cakap akulah penyebab segalanya terjadi.

Dengan mukanya yang agak serius pada masa tu. So, dia kata dia sedih lepas baca blog aku. Then, dia hantar mesej minta maaf dengan aku.

Start time tu, dia just cakap biasa-biasa dengan aku. Tak lar serapat dulu.

So, untuk group IMC ni, kami buat meeting. Dia terasa kami ketepikan dia. Bila masa plak?? Sikit-sikit terasa. Lebih daripada anak mak lar.

Start dia terasa dengan kumpulan kami waktu pagi tu. Dia ingat kami bincang nak meeting waktu pagi keesokannya tak bagitau dia. Masa tu aku dengan kawan aku, Bel lepak dalam bilik aku.

Cakap-cakap biasa. Tetiba aku kata 'mmm esok pagi takda kelas IMC ya, boleh kita buat assignment'. Bel cakap , ok ja. So, aku hantar mesej kepada semua ahli kumpulan aku. Mean that lagi 3 orang ahli sebab kami ada 5 orang ahli.

Dia balas kata ok. Lebih kurang gitulah.

Esok paginya semua masam sebab muka baru bangun tidur. Aku pun mengantuk. So, nak cakap pun agak malas. Bila dah berkumpul, semua orang diam sebab melayan diri sendiri yang mengantuk.

Aku pun memecahkan kesunyian. Tanya apa nak buat dalam IMC ni. Kawan aku yang namanya Ilah nih, biasa lar perangai dia. Aku dah lama kenal dia. Suka jeling orang. 

So aku kata 'hang ni kenapa Ilah'. Dia jawab ' apa?'.. aku jawab 'menggedik'.

Balik daripada perbincangan dia hantar mesej dekat aku, Ilah, and kawan aku yang lagi 2 orang tu. Dia cakap kata dia tak boleh buat assignment dalam kumpulan kami dah. Muka masam ja semua. Ilah plak mengata kat belakang dia.

Ya Allah. Tengok. Kami tak buat apa-apa pun kat dia. Kami ok ja. Dah baru bangun, so masam lar semua sebab mengantuk. Itu pun salah. Mudah terasa betul.

Then, dia ada mesej siapa ntah. Aku tak berapa ingat. Dia kata buat keputusan untuk meeting tu tak bagitau dia. Aku just cakap dengan Bel. Kami berempat tak rancang pun. Just terkeluar daripada mulut aku dengan tidak sengaja.

Lagi satu dia cakap, buat pun masa dia nak pergi kelas. Kalau gitu cakap lar tak boleh. Apa salahnya. Kami nak marah ka? Kami tak kan cakap apa-apa sebab nak pergi kelas. Aku sendiri tanya dia, dia tak mau balik mandi ka, sebab dia ada kelas. Dia kata tak pa. Aku ok ja. Dah aku suh balik, tak mau.

Itu aku tak kisah. Sebab aku rasa hatiku tak tergores lagi.

Selepas semua itu, aku cakap macam biasa lagi dengan dia. Yang klimaks, nak buat meeting untuk iklan radio.

Masa tu aku pergi toilet, and lepas keluar toilet aku jumpa dia dekat sinki. Aku bagitau dia malam ni ada meeting kat PKP baru. Aku yakin aku dah sebut kat PKP BARU.

Pada waktu malam masa nak pergi meeting, aku nak pergi toilet dulu. Jiran aku tanya, malam ni nak pergi meeting kat PKP baru ka? Aku kata ya. Dia pun ada tengah sidai baju sambil tengok aku cakap.

Lepas balik toilet, dia datang bilik aku untuk meeting. Dia tanya 'hampa nak pi mana pakai cantik-cantik'. Aku pun menjawab ' Pi meeting lar kat PKP baru, hang tak tau ka?' Dia kata aku tak bagitau dia. 'Eh, tak ka? Aku rasa aku dah bagitau pagi tadi.'

Dia kata aku tak bagitau. Aku kata 'tak ka?'.. Aku ni pelupa sikit, tapi aku amat yakin aku bagitau sebab aku ingat aku tunjuk tempat kat dia. Then, aku minta maaf. So, dia balik bilik dia. Aku sempat tengok muka dia, dia tak senyum langsung.

Lepas tu aku pergi dulu dengan Ilah. Sebab tadi dia mesej aku dia nak siap jap, maybe lambat sikit and dia sedih aku buat dia macam tu. Ya Allah. Siapa yang tak geram. Aku sakit hati. So, aku pi ja dulu. Lantak dia r. Sakit hati aku!!!

Yang lagi 2 orang ahli tu and kawan aku lagi sorang yang nak bantu kami untuk iklan ni tunggu dia kat atas. Bel pergi bilik dia sebab dia lambat sangat siap. Kemudian Bel cakap dia nangis. Ish!!! Buat apa nak nangis.

Terasa terlebih. Sebelum tu pun dia chat dengan Bel kat FB. Aku ingat dia ada tanya pasal tempat sebab dia tanya meeting pukul berapa. 

Sambung lain kali.

As Salam.

No comments:

Post a Comment